Ads 468x60px

.

Labels

Memaparkan catatan dengan label Muhasabah Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah Diri. Papar semua catatan

27 Jul 2013

Kuburkan saja.



               Mengumpat dan memfitnah? Golongan wanita sinonim dengan dua perbuatan keji ini. Eh, bukan menuduh tetapi kenyataannya begitu! Jangan nafikan! Mereka merupakan golongan yang sentiasa bersangka buruk dengan orang lain. Ada saja yang tidak kena pada pandangan mata mereka.
                Benarlah, untuk membuat semua orang suka dengan kita tidaklah begitu mudah. Apa yang kita lakukan, tidak semestinya disukai oleh semua orang. Walaupun begitu, sebagai hamba Allah, kita perlu kembali kepada-Nya. Buatlah sesuatu yang Allah suka walaupun hal itu tidak disukai penduduk bumi. Biarlah. Mereka tidak punya kuasa untuk menilai kita. Biarlah kita tampil hebat pada pandangan mata Allah.
Maka, kita perlu tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT dalam surah al-hujurat ayat enam yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kami (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Tetapi sedarlah betapa hati yang difitnah itu sakit tidak kepalang. Ketika hati yang difitnah itu ditoreh dengan pisau-pisau finah dan kata-kata palsu, hati itu kembali pada yang Satu kerana hati itu sentiasa percaya bahawa berzikir kepada Allah hati akan tenang.

Biarlah kenangan itu terkubur di kotak memori.dan menghiasi lembaran diari.



6 Okt 2012

NOTA KECIL


Daripada : Hati
Kepada    : Sodrina

Assalamu'alaikum.
Wahai Sodrina,
Basuhlah dirimu dengan kalimah-kalimah Allah,
Didiklah dirimu dengan sunnah Rasulullah,
Sinarkan dalamanmu dengan nur iman,
Pancarkan kerlipan-kerlipan indah akhlakmu.
Semoga nanti sucinya hatimu itu,
Dinilai Allah di akhirat, negeri abadi.

Yang benar,
Hati

12 Sep 2012

Dialog Adam dan Hawa (2)




Imam Muda : Assalamu'alaikum.

Ustazah Pilihan : Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Imam Muda : Bertemu lagi kita. Boleh saya beritahu sesuatu?

Ustazah Pilihan : Silakan.

Imam Muda : Saya...(menelan air liur) Saya suka penampilan awak. (tunduk, malu dengan kata-kata yang diungkapkannya sendiri) 

Ustazah Pilihan : (tunduk malu) Alhamdulillah. Saya juga suka penampilan akhi. Semoga istiqamah.

Imam Muda : Alhamdulillah. Insya-Allah. Semoga Allah terus memancarkan cahaya hidayah-Nya kepada kita.

Ustazah Pilihan & Imam Muda : Aamiin.

Imam Muda mengangguk setelah Ustazah Pilihan meminta diri. Gadis yang memakai jubah dan bertudung kelabu itu tadi dilihatnya dengan senyuman kebahagiaan. Dia tertanya-tanya, benarkah degupan jantungnya ketika itu? "Ya Allah, payungilah aku dengan cahaya keimanan.", doanya jauh di lubuk hati.



Dialog Adam dan Hawa (1) 

14 Ogo 2012

Tabahkah diri ini?


"Ya Allah, jagalah hatiku ini... Tabahkanlah hati yang lemah ini. Semoga setiap ujian yang Engkau sajikan untukku ini sentiasa mendewasakanku, mematangkanku, dan mengembalikanku ke jalan-Mu yang mustaqim..."
Aaamiin...

~Biarkan hati ini pergi tanpa alasan. Jangan ludah hati ini dengan soalan yang bertalu-talu. Fahamilah. Fahamilah. Tolong, fahamilah...


4 Ogo 2012

Cuba fahami hati yang lemah ini...

Cuba fahami hati yang lemah ini...

Tia-tiba klik kat link di bawah.
http://pakarcinta.com/blog/ku-tunggu-pinangan-mu/
 Tersentuh hati membacanya... Oh, hati. Boleh tak awak sentiasa kuat? Kuat hadapi pelbagai 'cabaran' yang mendatang. Boleh tak...?

Hati: "InsyaAllah. Tetapi dengan syarat. Isikan aku dengan iman.

"Saya akan usahakan itu. Hati, kuatlah! Tabahlah! Sabarlah! Tawadhuklah!"

InsyaAllah...







"Maaf. Saya mahu jadi solehah... Bakal isteri solehah. Berikan saya masa..."


*Maaf, wahai hati.

Jom, kuatkan hati kita! erm...


26 Jul 2012

Sekadar peringatan...




Hati-hati dengan pertunangan (istilah berlapik ganti ‘couple’),
Hati-hati dengan cinta sebelum Nikah.

Mula-mula ustaz-ustazah,
Kemudian awak-saya,
Kemuncaknya abang-ayang
Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus koktil,
kemudian turun lagi bawah memanggil manggil.
Sekarang zaman sudah moden.
Iblis juga sudah moden.
Syaitan sudah tak guna perangkap keluar dating atau pegang tangan,
Tapi guna perangkap FB dan balas mesej,
calling-calling dengan handset
yang skrin luar tulisan Allah tapi dalam 'masyaAllah'.

Mungkin alasannya “saya kejut dia subuh saja”.
Atau
“saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya”.

Alasannya,
mesej Islamic,
FB Islamic,
Handset Islamic,
Skype Islamic,
Alasan lagi,
“sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh,
ASSALAMUALAIKUM 
lagi”.

Heheh, apa nak hairan,
syaitan pernah direct bicara dengan Tuhan.

Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan topeng islamik
tapi penuh polemik.


waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah,
waktu mesej, tulis 'muah muah'.
waktu cakap , "apa yang boleh ana bantu?",
waktu mesej, I love u.
jangan ingat iman dah power,
sebab iblis lagi senior.

Iblis tak pilih bulu nak menangguk,
Orang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.


Link. :)


*sekadar peringatan. Jaga hati kita, walau hati kita pernah rosak atau tercalar, Allah masih inginkan kita untuk terus berdoa, meminta kepada-Nya. Tersungkurlah dgn bersujud hanya kepada-Nya. Alhamdulillah. ^_^



7 Jul 2012

Dialog adam dan hawa ^_^







Imam Muda : "Assalamu'alaikum."

Ustazah Pilihan : "Wa'alaikumussalam warahmatullah."


Imam Muda : "Boleh saya minta tolong?"

Ustazah Pilihan : "InsyaAllah."


Imam Muda : "Boleh saudari pinjamkan hati kepada saya? Untuk selamanya."

Ustazah Pilihan : "Hati bukan untuk dipinjam. Hati untuk dihargai, disayangi, dipercayai dan dilindungi. Apa yang penting hati bukan untuk dilukai, walaupun keberangkalian hati dilukai adalah 50 peratus."


Imam Muda : "Oh!" (Imam Muda terpaku, merenung muslimah yang digelar 'ustazah tidak menjadi' itu. Muslimah berbaju coklat anggun bergaya dengan tudung labuh itu beredar meninggalkannya yang sedang berdiri di pintu surau. Hatinya tidak salah. Memang muslimah itulah yang berjaya mengetuk dan membuka pintu hatinya sejak pertama kali terserempak di alam mimpi.) 

*Dialog adam dan hawa...
**Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia...





16 Mei 2012

Update iman.



"Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-MU."


Walau jarak kita terpisah jauh ..
wahai calon imamku yg akan bertahta dihatiku ^^

Jika Hatimu merindukan seseorang..
Pejamkan Matamu dan Katakan..

Yaa Allah..
Aku merindukannya karena-Mu Ya Allah..
Jauhkanlah aku dari perkara yang bisa membuat aku lupa kepada-Mu..
Aku semakin mengerti bahwa jarak ini bukan untuk menghukumku..
Tapi Jarak ini untuk Menjaga aku dan dia..

- Dengan jarak ini..
Aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi lebih baik..

- Dengan jarak ini..
Aku dan dia berjanji untuk Memperbaiki cinta kepada Ilahi..

- Dengan jarak ini..
Aku dan dia berjanji untuk Mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya..

- Dengan jarak ini..
Aku dan dia berjanji untuk Mendalami ajaran Islam...

- Dan Dengan jarak ini juga..
Aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti,
Aku dan dia akan lebih siap untuk melayari semua ini dengan jalan yang diridhoi..

Syukur Ya Allah..
Karena memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini..

Syukur Ya Rabbi..
karena memberikan jarak itu kepada aku dan dia..
Aamiin..


(Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada.

)


"Perempuan yang CANTIK akan membuka 'mata lelaki'. Tapi perempuan yang BAIK akan membuka 'hati lelaki'. Pilihlah nak jadi cantik atau baik." - Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

6 Mei 2012

Tinggallah memori.

Tertarik dengan video ini...
di sini >>> http://www.youtube.com/watch?v=PlYDSq9wjkw&feature=share 
Rasa hati, ingin membuang semua cebisan memori ke pulau sampah.





*Bercinta selepas nikah, insyaAllah bahagia...

27 Dis 2011

Hati ini...





Ada pinta dalam bait kata

Ada senandung jiwa dalam syair hati

Ada kerelaan dalam melangitnya rasa cita

Kala cahaya cinta berpendam di taman hati



Rabb…

“Ku ingin dia menjadi belahan jiwa

Untuk menyempurna agama

Kala mitsaqan ghaliza telah mematri kami



Rabb…

Izinkan aku membisikkan kata

“Aku sungguh jatuh cinta padanya”

Kala senyum bahagia kami merekah



Rabb…

Ku berharap meminta

“Tumpahkan barakah-Mu keatas kami”

Dikala ‘ku sentuh jemarinya’ yang  lembut



Rabb…

“Semoga kan menjadi taburan pahala”

Kala bahtera kehidupan terlayari



Rabb….

Ku menadah jemari

“Jadikan kami sepasang cinta di dunia dan akhirat”

Kala bunga cinta kami bersemi mekar



Rabb…

“Semoga mereka akan jadi pelita

Semoga mereka akan jadi lentera

Semoga mereka akan menjadi senyuman bangga

Abi dan ummi nya di Yaumil hisab kelak”



Rabb…

Izinkan daku jatuh cinta

Kepada yang layak aku cinta



Rabb…

Izinkan daku jatuh cinta

Hanya untuk seseorang

Yang telah diredhai dan diizinkan oleh Mu


Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan  sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.


Sumber :)

13 Dis 2011

Gagah Dan Cantik; sama padan.






KECANTIKAN SEORANG LELAKI!


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...



KEGAGAHAN SEORANG WANITA!


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan



MoV(MoRaL oF VaLuE) = Renung seketika... Wahai saudara 'cantik'kah anda? Wahai saudari 'gagah'kah anda? 

29 Ogo 2009

Wanita Cantik...Kenapa Aku Menangis?

Seorang anak laki2 b'tanya kpd ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."
 

Mutiara Kata

Jika engkau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika engkau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
___________________________________
Kecantikan seseorang bukanlah terletak kepada kepandaiannya sahaja(kata akal), kecantikan juga bukanlah dilihat daripada paras rupanya(kata nafsu), tapi kecantikan itu dilihat atas dasar akhlak mulianya(menurut Islam).
*****

Muhasabah Diri

Cuba fikir sejenak...

"Dapatkah anda menggerakkan anggota badan anda dengan kuasa anda?"

Sudah pasti tidak! Kita dapat menggerakkan anggota badan kita kerana kuasa-Nya. Maka, jangan sombong dengan Allah. Bersyukurlah...
__________________________________

Cuba fikir lagi.

"Apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini?"

*Fikirkanlah...

Bisikan Hati

Cinta itu jarum mulia dan indah bersulam dengan benang hati jika disandarkan pada Dia Yang Maha Pencipta.
(Indah Cinta Bertauliahkan Iman)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)