Ads 468x60px

.

26 Jul 2012

Sekadar peringatan...




Hati-hati dengan pertunangan (istilah berlapik ganti ‘couple’),
Hati-hati dengan cinta sebelum Nikah.

Mula-mula ustaz-ustazah,
Kemudian awak-saya,
Kemuncaknya abang-ayang
Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus koktil,
kemudian turun lagi bawah memanggil manggil.
Sekarang zaman sudah moden.
Iblis juga sudah moden.
Syaitan sudah tak guna perangkap keluar dating atau pegang tangan,
Tapi guna perangkap FB dan balas mesej,
calling-calling dengan handset
yang skrin luar tulisan Allah tapi dalam 'masyaAllah'.

Mungkin alasannya “saya kejut dia subuh saja”.
Atau
“saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya”.

Alasannya,
mesej Islamic,
FB Islamic,
Handset Islamic,
Skype Islamic,
Alasan lagi,
“sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh,
ASSALAMUALAIKUM 
lagi”.

Heheh, apa nak hairan,
syaitan pernah direct bicara dengan Tuhan.

Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan topeng islamik
tapi penuh polemik.


waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah,
waktu mesej, tulis 'muah muah'.
waktu cakap , "apa yang boleh ana bantu?",
waktu mesej, I love u.
jangan ingat iman dah power,
sebab iblis lagi senior.

Iblis tak pilih bulu nak menangguk,
Orang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.


Link. :)


*sekadar peringatan. Jaga hati kita, walau hati kita pernah rosak atau tercalar, Allah masih inginkan kita untuk terus berdoa, meminta kepada-Nya. Tersungkurlah dgn bersujud hanya kepada-Nya. Alhamdulillah. ^_^



Tiada ulasan:

 

Mutiara Kata

Jika engkau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika engkau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
___________________________________
Kecantikan seseorang bukanlah terletak kepada kepandaiannya sahaja(kata akal), kecantikan juga bukanlah dilihat daripada paras rupanya(kata nafsu), tapi kecantikan itu dilihat atas dasar akhlak mulianya(menurut Islam).
*****

Muhasabah Diri

Cuba fikir sejenak...

"Dapatkah anda menggerakkan anggota badan anda dengan kuasa anda?"

Sudah pasti tidak! Kita dapat menggerakkan anggota badan kita kerana kuasa-Nya. Maka, jangan sombong dengan Allah. Bersyukurlah...
__________________________________

Cuba fikir lagi.

"Apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini?"

*Fikirkanlah...

Bisikan Hati

Cinta itu jarum mulia dan indah bersulam dengan benang hati jika disandarkan pada Dia Yang Maha Pencipta.
(Indah Cinta Bertauliahkan Iman)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)