Ads 468x60px

.

7 Jul 2012

Dialog adam dan hawa ^_^







Imam Muda : "Assalamu'alaikum."

Ustazah Pilihan : "Wa'alaikumussalam warahmatullah."


Imam Muda : "Boleh saya minta tolong?"

Ustazah Pilihan : "InsyaAllah."


Imam Muda : "Boleh saudari pinjamkan hati kepada saya? Untuk selamanya."

Ustazah Pilihan : "Hati bukan untuk dipinjam. Hati untuk dihargai, disayangi, dipercayai dan dilindungi. Apa yang penting hati bukan untuk dilukai, walaupun keberangkalian hati dilukai adalah 50 peratus."


Imam Muda : "Oh!" (Imam Muda terpaku, merenung muslimah yang digelar 'ustazah tidak menjadi' itu. Muslimah berbaju coklat anggun bergaya dengan tudung labuh itu beredar meninggalkannya yang sedang berdiri di pintu surau. Hatinya tidak salah. Memang muslimah itulah yang berjaya mengetuk dan membuka pintu hatinya sejak pertama kali terserempak di alam mimpi.) 

*Dialog adam dan hawa...
**Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia...





2 ulasan:

 

Mutiara Kata

Jika engkau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika engkau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
___________________________________
Kecantikan seseorang bukanlah terletak kepada kepandaiannya sahaja(kata akal), kecantikan juga bukanlah dilihat daripada paras rupanya(kata nafsu), tapi kecantikan itu dilihat atas dasar akhlak mulianya(menurut Islam).
*****

Muhasabah Diri

Cuba fikir sejenak...

"Dapatkah anda menggerakkan anggota badan anda dengan kuasa anda?"

Sudah pasti tidak! Kita dapat menggerakkan anggota badan kita kerana kuasa-Nya. Maka, jangan sombong dengan Allah. Bersyukurlah...
__________________________________

Cuba fikir lagi.

"Apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini?"

*Fikirkanlah...

Bisikan Hati

Cinta itu jarum mulia dan indah bersulam dengan benang hati jika disandarkan pada Dia Yang Maha Pencipta.
(Indah Cinta Bertauliahkan Iman)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)