Ads 468x60px

.

12 Sep 2012

Dialog Adam dan Hawa (2)




Imam Muda : Assalamu'alaikum.

Ustazah Pilihan : Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Imam Muda : Bertemu lagi kita. Boleh saya beritahu sesuatu?

Ustazah Pilihan : Silakan.

Imam Muda : Saya...(menelan air liur) Saya suka penampilan awak. (tunduk, malu dengan kata-kata yang diungkapkannya sendiri) 

Ustazah Pilihan : (tunduk malu) Alhamdulillah. Saya juga suka penampilan akhi. Semoga istiqamah.

Imam Muda : Alhamdulillah. Insya-Allah. Semoga Allah terus memancarkan cahaya hidayah-Nya kepada kita.

Ustazah Pilihan & Imam Muda : Aamiin.

Imam Muda mengangguk setelah Ustazah Pilihan meminta diri. Gadis yang memakai jubah dan bertudung kelabu itu tadi dilihatnya dengan senyuman kebahagiaan. Dia tertanya-tanya, benarkah degupan jantungnya ketika itu? "Ya Allah, payungilah aku dengan cahaya keimanan.", doanya jauh di lubuk hati.



Dialog Adam dan Hawa (1) 

Tiada ulasan:

 

Mutiara Kata

Jika engkau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika engkau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
___________________________________
Kecantikan seseorang bukanlah terletak kepada kepandaiannya sahaja(kata akal), kecantikan juga bukanlah dilihat daripada paras rupanya(kata nafsu), tapi kecantikan itu dilihat atas dasar akhlak mulianya(menurut Islam).
*****

Muhasabah Diri

Cuba fikir sejenak...

"Dapatkah anda menggerakkan anggota badan anda dengan kuasa anda?"

Sudah pasti tidak! Kita dapat menggerakkan anggota badan kita kerana kuasa-Nya. Maka, jangan sombong dengan Allah. Bersyukurlah...
__________________________________

Cuba fikir lagi.

"Apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini?"

*Fikirkanlah...

Bisikan Hati

Cinta itu jarum mulia dan indah bersulam dengan benang hati jika disandarkan pada Dia Yang Maha Pencipta.
(Indah Cinta Bertauliahkan Iman)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)