Subhanallah...
MasyaAllah...
Terasa lama tidak bermadah. Tika di alam realiti, suara ini sepi,
telinga ini busy. Subhanallah...
Ingin diri ini menjadi 'the best listener' untuk
sesiapa sahaja yang percaya bahawa diri ini pandai menyimpan mutiara bernama
'rahsia'. Begitulah sekiranya menginginkan seorang yang boleh dipercayai, kita
terlebih dahulu perlu menjadi seperti itu.
Tekad hati ini, biarlah apa orang lain fikir dan 'cakap
belakang' (hanya berani cakap belakang), yang penting saya mahu pandangan
Allah, bukan pandangan manusia. Sungguh, Allah janji bahawa Dia bersama dengan
golongan yang sabar. Kini, saya lebih mengerti. Allah menghidangkan makanan
perisa umpatan, buah mulut jenama kesabaran dan air minuman buatan wuduk agar
diri ini kenyang dengan pelbagai ujian dan tidak mudah mengadu lapar bila hanya
ada makanan perisa dugaan bersaiz besar. MasyaAllah, hanya Engkau tempat kami
mengadu...
"Ya Allah, jadikanlah diri ini sebagai hamba-Mu yang sentiasa
sabar menahan ribut kehidupan yang tidak pernah berhenti merosakkan pakaian
hati ini..."
1 ulasan:
"Ya Allah, jadikanlah diri ini sebagai hamba-Mu yang sentiasa sabar menahan ribut kehidupan yang tidak pernah berhenti merosakkan pakaian hati ini...". AMIN :)
Catat Ulasan