Bismillah Ar-rahman AR-rrahim.
Assalamu'alaikum saudara-saudara seIslamku. Alhamdulillah, hari ini kita diberi nikmat lagi; nikmat hidup. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Rasa nak tulis banyak-banyak 'alhamdulillah' tadi. Sebutlah, 'alhamdulillah'. Kalimat ini sangat bermakna. Sungguh! (Senyum gembira)Baiklah. Entah kenapa hati terpanggil untuk berkongsi sesuatu melalui tulisan berkenaan dengan wanita dan aurat. Wanita(muslimah) tidak boleh dipisahkan dengan aurat. Seperti yang kita ketahui, wanita Islam wajib menutup auratnya yakni seluruh tubuh badan kecuali pergelangan tangan dan wajah. Ini bermakna, selain daripada dua anggota badan tadi wajib ditutup. Tak kisahlah nak tutup dengan baldi, tikar, telekung, selimut dan sebagainya asalkan tutup aurat. Tetapi awas! Tutup aurat tidak sama dengan membalut aurat. Faham, bukan?
Kalau membalut aurat ni memang tak betullah. Tamsilnya, seorang wanita Islam yang memakai pakaian ketat menutup seluruh anggotanya. Ini salah. Pakaian ketat itu sebenarnya menampakkan susuk tubuhnya. Maka, itu bukan menutup aurat. Teringat kata-kata ustaz popular yang lahir di Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idrus. Kata beliau, wanita tak wajib bertudung tetapi wajib menutup aurat. Faham, kan?
Satu perkara lagi yang sering mengetuk pintu hati saya mengenai aurat wanita iaitu aurat kaki. Kaki juga merupakan aurat bagi seseorang wanita Islam. Maka, mengapa tidak tutup kaki tu. Guna sarung kaki tak susah, kan? Tak mahal, kan? Bukankah menutup itu indah? Menutup aurat itu indah.
Muslimah Solehah Sejati(MSS) suka menutup kerana menutup itu indah! *Senyumlah.
p/s: MSS yang suka menutup bukan hanya tahu menutup aurat sahaja malah tahu menutup aib orang lain. *Senyumlah lagi.
“Jadilah seperti buah epal yang terletak tinggi di atas pokoknya yang susah digapai oleh tangan-tangan manusia. Jadilah seperti buah epal yang masak dan segar di sebalik dedaunnya yang menghijau dan sukar dilihat oleh pandangan manusia. Jadilah seperti epal yang hanya akan di petik oleh manusia yang ikhlas dan berusaha untuk mendapatkannya dengan penuh ketakwaan dan keimanan.”
“Wanita adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”
Assalamu'alaikum ...
Petikan biasa lagi...
Jangan
minum;
Jangan
minum dosa,
Kelak
mengenal bahana.
"Ina, kenapa saya tengok Ina kurang bersemangat hari ini?” Akhirnya pertanyaan yang dipendam
beberapa minit itu diutarakan juga oleh Imah, teman baik Sodrina. Risau mula
bertapak di hatinya apabila melihat wajah Sodrina yang kelihatan tidak bermaya
seperti biasa dan berkerut tanda tidak puas hati terhadap sesuatu atau mungkin
terhadap seseorang? Dia sendiri tidak pasti. Apa yang pasti wajah milik
temannya itu tidak tenang sejak pulang dari bandar tadi.
Diam.
Sepi.
Sunyi.
Toing! Toing! Kring! Kring! Toing! Kring!
Deringan telefon jelas kedengaran di cuping Imah tetapi dia tidak peduli kerana itu bukan deringan telefonnya mahupun deringan telefon Sodrina. Itu nada dering telefon bimbit di bilik sebelah.
Deringan telefon jelas kedengaran di cuping Imah tetapi dia tidak peduli kerana itu bukan deringan telefonnya mahupun deringan telefon Sodrina. Itu nada dering telefon bimbit di bilik sebelah.
"Ina…" Belum sempat Imah menghabiskan susunan ayat yang baru
direkanya, terdengar suara Sodrina mencelah.
"Ina nak rehat," kata Sodrina ringkas. Dikerlingnya seketika jam
di dinding bilik mereka. Masa yang sesuai untuk memuaskan tuntutan sunnah
Rasulullah; qailullah sangat berkesan baginya untuk mudah bangun solat tahajjud
pada malam hari.
Imah senyum sambil mengangguk sedikit. Tiga patah perkataan itu sudah cukup
membuatnya faham akan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Sodrina. 'Ina
nak rehat' itu bermaksud temannya itu ingin tidur seketika.
Tanpa mempedulikan Imah, Sodrina mula memejamkan matanya. Kerutan kecil
yang sejak tadi menjadi perhiasan pada wajahnya dikendurkan dan dikendurkan
lagi sehingga kerutan itu tidak lagi kelihatan. Kemudian dia mengukir senyum
kecil di bibir. Dia menarik nafas panjang dan menghembuskan melalui mulutnya.
Hembusan nafas itu umpama keluhan berat yang ditanggungnya sejak beberapa jam
tadi. Kemudian, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu; membaca surah tiga kul
dan ayatul kursi.
Imah yang melihat aktiviti Sodrina itu sudah maklum kerana memang begitu
yang akan dilakukan oleh Sodrina sebelum tidur. Cuma dia dapat merasakan
hembusan nafas itu terselit keluhan yang sukar ditafsirkan. Dia sendiri hairan
dengan gelagat Sodrina.
‘Apa masalahnya? Bergaduhkah? Eh, itu sangat
mustahil. Habis itu? Takkan marah pasal novel baru dia yang aku baca tu?Eh, tak
mungkinlah! Hish! Erm, kenapa ya? Mungkinkah masalah wanita? Tidak. Mesti ada
sebab lain. Apa, ya?’
Akhirnya Imah melepaskan keluhan. Penat pula dia berperang dengan kata
hatinya sendiri. Soalan demi soalan dirasakan memeningkannya dan jawapan demi
jawapan yang direkanya sendiri tidak diketahui sama ada benar ataupun tidak.
Sepasang mata Imah melirik pada wajah Sodrina. Wajah itu tenang saja walaupun dalam keadaan tidur begitu. Masih banyak soalan yang terkumpul dan hanya
menunggu masa saja untuk diajukan kepada Sodrina. Sejak hampir dua tahun
mengenali Sodrina, dia tahu perempuan yang fasih bertutur bahasa Brunei itu
seorang yang berahsia dan masih banyak rahsia yang belum diketahuinya.
Imah mencapai kertas kajang yang diselit di sebuah buku yang terletak di
atas meja Sodrina. Sodrina pernah memberitahunya bahawa puisi yang ditulis pada
wajah kertas kajang itu masih mentah dan tidak subur. Lagipun katanya puisi itu
sudah lama; tiga tahun yang lalu. Imah memerhati setiap bait kata dalam puisi
itu.
Hati…
Kenapa kau sangat sensitif?
Kenapa kau mudah tercalar?
Kenapa kau senang terluka?
Kenapa kau sering dilukai?
Sodrina …
Apa katamu tentang ini?
Apa fikirmu tentang itu?
Apa pendapatmu tentang dia?
Apa pandanganmu tentang mereka?
Wahai hati…
Nipis sungguh dindingmu,
Kecil sungguh saizmu,
Tapi hati,
Bentukmu begitu sempurna.
Wahai Sodrina …
Tebalkan dindingmu,
Agar setiap butir peluru kesakitan tidak
menembusimu…
Kekalkan warna naturalmu,
Agar aura fitnah tidak bisa membelaimu,
Jangan pernah pecahkan kaca imanmu,
Agar kau dipandang mulia,
Dunia dan akhirat...
Imah senyum. Sudah beberapa kali rasanya dia membaca puisi itu dalam hati.
Dia amat suka pada dua rangkap terakhir. Imah menarik nafas dan mengukir
senyum. Fikirannya terbang mengingatkan seseorang yang disayangi. Imah mengukir senyum lebar. Ya, dia punya
misi baru!
2 ulasan:
Assalamualaikum!
Hai, sekadar ingin bertanya, petikan dari novel awakkah? :)
Wa'alaikumussalam...
Ya, hanya petikan sahaja. :)
Catat Ulasan