Ads 468x60px

.

12 Okt 2012

Bicara Hati


Assalamu'alaikum saudara-saudara seislamku...
Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)




FITNAH.

Kadang saya tersenyum bila perkataan itu bermain-main di layar minda. Huh! Seronokkah memfitnah orang? Itulah persoalan yang sering berlegar-legar dan terapung-apung di lautan minda. Hish3. Mungkin fitnah ini seronok dimainkan oleh mereka yang tidak beriman. Mungkin! Sudah tentu mangsa fitnah ni berusaha duduk di dalam rumah keimanan, beratapkan kesabaran, berpintukan senyuman, bertingkapkan ketabahan. Mangsa fitnah ini sudah pasti sentiasa berdoa kepada Allah agar menetapkan hatinya untuk terus kaya dengan iman, menebalkan dinding kesabarannya dan terus berdoa agar bibirnya sentiasa mengukir senyuman dan berusaha menutup tingkap kesedihan dan hati yang terus menerus ditusuk pisau fitnah oleh mereka yang punya perasaan iri hati, dengki dan semua sifat mazmumah. Peliknya, golongan yang suka memfitnah inilah yang tidak punya pekerjaan suci. Asyik menyibukkan diri menambah dosa dan berusaha pula membaling diri mereka sendiri ke neraka Allah.

Maka, wahai mangsa fitnah, teruskan tersenyum. Tabahlah. Jangan berhenti berdoa agar engkau dijauhi dari fitnah dan doakanlah orang yang memfitnah itu agar segera sedar akan perlakuan kejamnya itu. Yakinlah, Allah mengujimu kerana Dia sayang kepada-Mu dan dia mahu mendengar suara ketika kau berdoa kepada-Nya. Dia sudah berjanji bahawa setiap kesulitan itu ada kemudahan. ^_^

"Ya Allah, sucikanlah hati-hati kami ini. Jauhilah kami daripada sifat-sifat mazmumah yang akan menghancurkan umat Islam. Jauhilah kami daripada iri hati, dengki, sombong, ria' dan takbur. Jauhilah kami daripada bersangka buruk. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertakwa, khusuk dalam solat, sentiasa bersangka baik dan tawadhuk. Bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu." *Aaamiin.

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim) 

*Bicara hati untuk hati ini, sebenarnya. Senyumlah wahai hati. =)

Tiada ulasan:

 

Mutiara Kata

Jika engkau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika engkau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
___________________________________
Kecantikan seseorang bukanlah terletak kepada kepandaiannya sahaja(kata akal), kecantikan juga bukanlah dilihat daripada paras rupanya(kata nafsu), tapi kecantikan itu dilihat atas dasar akhlak mulianya(menurut Islam).
*****

Muhasabah Diri

Cuba fikir sejenak...

"Dapatkah anda menggerakkan anggota badan anda dengan kuasa anda?"

Sudah pasti tidak! Kita dapat menggerakkan anggota badan kita kerana kuasa-Nya. Maka, jangan sombong dengan Allah. Bersyukurlah...
__________________________________

Cuba fikir lagi.

"Apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini?"

*Fikirkanlah...

Bisikan Hati

Cinta itu jarum mulia dan indah bersulam dengan benang hati jika disandarkan pada Dia Yang Maha Pencipta.
(Indah Cinta Bertauliahkan Iman)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)