Ads 468x60px

.

20 Okt 2012

Hidayah Allah itu nikmat...





Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Saya masih bersua dengan Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak hari ini. Alhamdulillah. Betapa bersyukurnya diri ini bila kelopak mata dibuka, wajah dunia menghiasi pandangan mata. Bersyukur tidak kepalang apabila Allah masih mengizinkan kita hidup sehingga hari ini. Selepas ini, esok dan seterusnya kita tidak pasti malah kita tidak tahu, sebenarnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apabila Dia kata 'jadi!' maka jadilah perkara itu. Masya-Allah...

Bersyukurlah...
Entah kenapa saya berasa terpanggil-panggil untuk merungkai masalah 'syukur' dalam kalangan kita sebagai hamba Allah. Kadang ada manusia yang tidak tahu bersyukur; tidak pernah puas dalam hidupnya. Tak dapat makan nasi, mengadu lapar. Tak dapat itu ini, merungut tak tentu pasal sehingga beritahu di laman web, laman sosial seperti Facebook, Twitter, Flixter dan sebagainya. Tidakkan ada setitik air kesyukuran dalam lautan hati kita? Tidak dapat makan nasi, bersyukurlah kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk merasa apa yang dirasai oleh golongan manusia yang berada dalam kesusahan seperti di negara-negara Islam di luar sana. Mereka hidup kesusahan untuk mencari sesuap nasi malah air untuk minum pun sukar sekali untuk dicari. Kita yang hidup di Malaysia yang InsyaAllah aman dari peperangan, kenapa tidak pernah bersyukur. Bersyukurlah... Bersyukurlah... Bersyukurlah...

Susah untuk bersyukur? Cuba lihat diri kita. Kita ada mata, telinga, kaki, tangan, jari-jemari, mulut, lidah, dan hati. Eh, ada lagi yang belum disebut, kan? Cukuplah kita muhasabah diri kita. Adakah kita berkuasa menggerakkan jari-jemari, kaki, dan tangan kita? Semua yang ada pada kita adalah 'pinjaman' dari Allah. Maka, jadilah hamba-Nya yang amanah. Jagalah apa yang dipinjamkan oleh Allah itu.

Cuba tanya pada diri, "Dapatkah kita menggerakkan tangan dan kaki ini tanpa izin Allah? Bagaimana sekiranya nanti Allah tidak mengizinkan kita menggerakkan kaki dan tangan kita? Bagaimana sekiranya nanti Allah tidak mengizinkan kita melihat dunia lagi dengan membutakan mata kita? Bagaimana...? Bagaimana...? Dan bagaimana...? Bila saya bertanya soalan demi soalan seperti itu dalam hati, barulah timbul rasa 'kehambaan' dalam diri. Barulah terbit rasa syukur dalam hati. Itu hanya tentang anggota badan kita. Belum fikir tentang nikmat lain yang Allah beri seperti ibu bapa, adik beradik, guru-guru, sahabat, rakan dan masyarakat lain. SubhanAllah...Allahuakhbar! Maka, marilah kita sentiasa bersyukur Jangan hapuskan rasa kesyukuran itu apabila kita ditimba sedikit ujian-Nya. Apabila Allah menghadiahkan ujian-Nya, bersyukurlah. Dia menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Apa saja yang terjadi sudah dirancang oleh Perancang Maha Hebat. MasyaAllah... Hebat Allah, kan? Rindu berbicara dengan-Nya....

Sungguh, jadilah orang yang bersyukur. Kita masih hidup ini nikmat pemberian Allah. Apabila kita susah yakni diuji Allah, pasti hati kita terus mengingati-Nya, memohon pertolongan dari-Nya. Tetapi ingatlah apabila Allah beri kesenangan, ketika itulah ujian besar bagi kita. Adakah kita bersyukur ataupun rasa kesyukuran itu terbang ke dunia riak, sombong dan ujub? Sekiranya kita lalai untuk bersyukur, alangkah ruginya kita. Kita lupa pada Pemberi yang sentiasa mendengar bisikan hati kita.

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." (Al-Baqarah:152

Jangan lupa pula sabda Rasulullah SAW, "Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia maka dia tidak mensyukuri Allah." (hadith). Walaupun kita berdepan dengan insan yang sering memfitnah kita, melontar kata nista dan hasad dengki, suka memburuk-burukkan dan sering berusaha menjatuhkan maruah kita, bangkitlah dan bersyukurlah kerana mereka sebenarnya mengajar kita erti sabar, tabah dan bersyukur. Kadang hal itu sukar dan tidak mudah tapi niatlah kerana Allah. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan pula kita yang hanya memegang pangkat hamba-Nya yang kerdil di sisi-Nya. Malulah kepada Allah... 

Hidayah Allah itu amat bernilai.
Bagi mereka yang dihadiahkan hidayah Allah, peluklah, belailah, penjarakan di dalam hati, jangan dibenci tapi sayangilah. Bukan semua hamba Allah itu disapa aura hidayah-Nya kerana hidayah itu milik Allah. Semoga kita senang dan tenang dalam dakapan 'halawatul iman' (kemanisan iman)... Apabila hati tergerak ingin melakukan kebaikan, lakukan dengan pantas dan jangan tangguhkan niat itu. Sungguh, Allah Maha Mengetahui...

Jom didik hati agar cinta dalam hati yang berjenama cinta abadi itu sepenuhnya untuk Allah S.W.T.

3 ulasan:

miss yatie berkata...

kena terus berusaha lagi untuk kita menjadi manusia yg bersyukur, bersyukur bukan hanya di mulutkan?

Novelis Hidayah berkata...

@KY : Na'am. :)

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr berkata...

al-baqarah:152 noted!

 

Mutiara Kata

Jika engkau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika engkau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
___________________________________
Kecantikan seseorang bukanlah terletak kepada kepandaiannya sahaja(kata akal), kecantikan juga bukanlah dilihat daripada paras rupanya(kata nafsu), tapi kecantikan itu dilihat atas dasar akhlak mulianya(menurut Islam).
*****

Muhasabah Diri

Cuba fikir sejenak...

"Dapatkah anda menggerakkan anggota badan anda dengan kuasa anda?"

Sudah pasti tidak! Kita dapat menggerakkan anggota badan kita kerana kuasa-Nya. Maka, jangan sombong dengan Allah. Bersyukurlah...
__________________________________

Cuba fikir lagi.

"Apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini?"

*Fikirkanlah...

Bisikan Hati

Cinta itu jarum mulia dan indah bersulam dengan benang hati jika disandarkan pada Dia Yang Maha Pencipta.
(Indah Cinta Bertauliahkan Iman)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)