Ads 468x60px

.

16 Okt 2012

Islam Itu Indah. Nikmat.

Assalamu'alaikum saudara-saudara seislamku...


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Benarlah. Sungguh nyata janji Allah. Islam adalah agama ketenangan, kesejahteraan dan kedamaian. Tidak ada paksaan dalam Islam. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 256, "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Barangsiapa ingkar kepada taghut dan dia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Buat dirimu, sahabat dan buat diri kalian yang bergelar hamba Allah...

Marilah bersama-sama menghirup udara Islam. Sungguh, udara ini sangat bersih dan sesuai kerana peranannya menyihatkan hati(sodrina). Sungguh! Hiruplah... Lihatlah cas-cas iman di sekelilingmu. Tangkaplah cas-cas itu, jangan pernah kamu lepaskan! Bukankah iman manusia ini kadang bertambah kadang berkurang? Tingkatkan iman kita wahai saudara-saudara seIslamku. Jangan pernah puas dengan ilmu yang ada. Gali, gali dan gali lagi ilmu anugerah Illahi. Indahnya hidup bersyariat...

Wahai ikhwan dan akhwat... Perhatikan virus-virus dugaan yang dihidang oleh Allah. Hadapilah dengan tenang. Virus dugaan itu nikmat. Bersyukurlah. Alhamdulillah... Allah mahu menguji kita. Maka, jangan pernah hatimu lalai dengan virus itu dan memandang virus itu dengan pandangan jijik dan menuduh Allah itu tidak adil. Bukankah Allah itu Maha Adil? Ya. Allah Maha Adil. Dia menguji kita, ada sebabnya. Ujian Allah itu sangat nikmat. Senyumlah, tabahlah, sabarlah dan tenanglah. Perancangan Allah itu sungguh hebat! Senyumlah...

Ya Allah, suburkanlah bunga-bunga iman di taman hati kami. Tajamkanlah duri-duri kesabaran pada bunga-bunga itu. Engkau permudahkanlah bagi kami untuk menyuburkan bunga-bunga itu dengan air ilmu-Mu. Engkau jadikanlah rama-rama yang terbang di taman hati kami itu terbang bersama ukiran senyuman dan ketenangan. Teduhkanlah taman hati kami dengan awan istiqamah. Jadikanlah tanah yang subur di taman hati kami ini sentiasa mengingatkan kami akan kematian yang pasti itu. Engkau sucikanlah dan jernihkanlah hati kami ini, Ya Rabb... 



Ya Allah, hidupkanlah dan matikanlah kami dalam naungan rahmat-Mu... Jadikan kami hamba-Mu yang istiqamah beribadat kepada-Mu...

Peringatan bersama...

  • Seorang akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya.  
  • Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran..

Tiada ulasan:

 

Mutiara Kata

Jika engkau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika engkau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
___________________________________
Kecantikan seseorang bukanlah terletak kepada kepandaiannya sahaja(kata akal), kecantikan juga bukanlah dilihat daripada paras rupanya(kata nafsu), tapi kecantikan itu dilihat atas dasar akhlak mulianya(menurut Islam).
*****

Muhasabah Diri

Cuba fikir sejenak...

"Dapatkah anda menggerakkan anggota badan anda dengan kuasa anda?"

Sudah pasti tidak! Kita dapat menggerakkan anggota badan kita kerana kuasa-Nya. Maka, jangan sombong dengan Allah. Bersyukurlah...
__________________________________

Cuba fikir lagi.

"Apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini?"

*Fikirkanlah...

Bisikan Hati

Cinta itu jarum mulia dan indah bersulam dengan benang hati jika disandarkan pada Dia Yang Maha Pencipta.
(Indah Cinta Bertauliahkan Iman)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)