Ads 468x60px

.

28 Sep 2012

Watak Hari Ini


Watak hari ini...
1. Mulut
2. Hati
3. Senyum
4. Sahabat Sejati (Private)

Berkata Mulut pada Hati, "Bersabarlah, kuatlah dan tabahlah walaupun awak disapa sedih."

Hati menjawab, "InsyaAllah...Akan diusahakan..." Hati melihat pada Senyum. "Senyum, kenapa awak kelihatan gembira?" soal Hati. Katanya lagi, "Awak asyik senyum sejak semalam."

Senyum mengukir senyum lagi. "Memang tugas saya untuk terus tersenyum. Saya sudah mempunyai sahabat; Sahabat Sejati sejak semalam."

Semalam, Sahabat Sejati hantar mesej yang berbunyi, 'Tiba-tiba rasa terharu pula bila kamu menerima saya sebagai sahabat kamu. Syukur... Mulai saat ini, kita adalah sahabat sejati.'

*Sahabat, semoga kita terus bersahabat hatta fil jannah abadan abada.


Tiada ulasan:

 

Mutiara Kata

Jika engkau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika engkau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
___________________________________
Kecantikan seseorang bukanlah terletak kepada kepandaiannya sahaja(kata akal), kecantikan juga bukanlah dilihat daripada paras rupanya(kata nafsu), tapi kecantikan itu dilihat atas dasar akhlak mulianya(menurut Islam).
*****

Muhasabah Diri

Cuba fikir sejenak...

"Dapatkah anda menggerakkan anggota badan anda dengan kuasa anda?"

Sudah pasti tidak! Kita dapat menggerakkan anggota badan kita kerana kuasa-Nya. Maka, jangan sombong dengan Allah. Bersyukurlah...
__________________________________

Cuba fikir lagi.

"Apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini?"

*Fikirkanlah...

Bisikan Hati

Cinta itu jarum mulia dan indah bersulam dengan benang hati jika disandarkan pada Dia Yang Maha Pencipta.
(Indah Cinta Bertauliahkan Iman)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)