Ads 468x60px

.

16 Dis 2011

Semester Satu Sudah, Semester Dua?


Semester satu dah lepas. Semester dua akan menyusul.

Ulasan ketika menjalani hari-hari sepanjang sem satu sebagai seorang guru pelatih;
Banyak perkara belum tahu, jadi memang serabut betul.

Mula-mula datang, tengok kampus macam besar. 'Alamak! Macam mana kalau sesat ni?' bisikku dalam hati.

Tapi, bila dah lama, tengok kampus tu pun macam kecil saja. Benarlah kata orang; lama-lama pasti akan biasa. Kalau ais tak selalunya tetap beku, suatu hari pasti cair jua. Saya pun begitu; cair dengan suasana di Sarawak - negeri yang pertama saya jelajah. Berjiran saja dengan negeri kelahiran.

Assignment? Jangan kata lah. Tipulah saya kalau kata saya siapkan assigment dengan jayanya. Mula-mula memang confius. Soalan seperti, "Macam mana nak buat?", "Format buat itu, buat ini, macam mana?", "Borang soal selidik perlukah?" dan banyak lagi beraneka soalan yang meniti di bibir guru pelatih seperti saya. Sehingga saat-saat terakhir pun, sempat juga bertanya itu dan ini. Sikap 'tangguh assignment' tidak lepas dari diri. Kenapa? Tak percaya? Jangan tipu, itulah kenyataan. Saya mulanya hanya menganggap mudah saja. Kini, saya sudah tahu rentetan hidup seorang guru pelatih seperti saya. Saya akan gunakan pengalaman ini sebagai persediaan untuk semester akan datang. Semester dua hanya beberapa minggu lagi akan bermula. Frankly, saya tunggu sem baru ini!

Bila saya fikir, biasa lah... Kami masih 'baru' dalam bidang ini. Umpama rusa masuk kampung. Jadi tidak hairanlah jika kami kadangkala sesat dalam mencari hala tuju. Maksud sesat di sini ialah sesat sementara yang masih bersuluhkan cahaya lampu neon; bukan gelap terus!

Semester dua, pasti ada kelainan. Dan pastinya lebih sibuk berbanding semester satu. Apa tidaknya, saya akan berusaha menggunakan jari jemari ciptaan Allah ini dan tidak lupa akal pemberian-Nya ini pasti akan merancakkan lagi jari jemari saya ini untuk menghasilkan karya berbentuk novel. Ya, memang itu keinginan saya dari dulu. Tapi, hingga kini novel saya belum berada di pasaran. Saya hanya perlu siapkan sedikit sahaja lagi sambungan karya saya itu. InsyaAllah, selepas saya hantar nanti dan sekiranya diterima oleh pihak penerbit, lahirlah novel sulung saya itu. Ya, insyaAllah. Rezeki Allah pasti ada untuk hamba-Nya.

Bersua dengan alam semester dua, saya ingin senyum puas. Senyum tanpa henti. Pahit, getir, stress dan semua masalah, saya ingin hadapi dengan senyum. Sudahnya, saya kini sedang senyum penuh makna.


Ya Allah,
Jadikanlah senyumku ini sebagai penawar hati di kala gundah menyapa diri,
Jadikanlah senyumku ini sebagai penghias seri pada wajah yang kadang kala suram berlagu sepi,
Dan Ya Allah,
Jauhilah senyumku ini daripada penyakit hati mereka yang melihatku senyum,
Jauhilah senyumku ini daripada fitnah mereka yang kadang kala dengki,
Jauhilah senyumku ini daripada mereka yang benci melihat senyumku ini.
Bukakanlah pintu hati semua orang di sekelilingku untuk menerimaku seadanya.

Tiada ulasan:

 

Mutiara Kata

Jika engkau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika engkau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
___________________________________
Kecantikan seseorang bukanlah terletak kepada kepandaiannya sahaja(kata akal), kecantikan juga bukanlah dilihat daripada paras rupanya(kata nafsu), tapi kecantikan itu dilihat atas dasar akhlak mulianya(menurut Islam).
*****

Muhasabah Diri

Cuba fikir sejenak...

"Dapatkah anda menggerakkan anggota badan anda dengan kuasa anda?"

Sudah pasti tidak! Kita dapat menggerakkan anggota badan kita kerana kuasa-Nya. Maka, jangan sombong dengan Allah. Bersyukurlah...
__________________________________

Cuba fikir lagi.

"Apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini?"

*Fikirkanlah...

Bisikan Hati

Cinta itu jarum mulia dan indah bersulam dengan benang hati jika disandarkan pada Dia Yang Maha Pencipta.
(Indah Cinta Bertauliahkan Iman)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)