Ads 468x60px

.

15 Sep 2012

Hari MTQ

Alhamdulillah...

Pagi tadi Majlis Tilawah Al-Quran berlangsung dengan jayanya. Terdapat beberapa pertandingan yang diadakan seperti pertandingan tilawah, hafazan, azan dan bercerita kisah-kisah Nabi. Sebanyak lima buah sekolah rendah yang mengambil bahagian. Alhamdulillah...

Walaupun pertandingan hafazan dan syarahan untuk golongan guru pelatih yang ingin saya sertai dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, majlis pagi tadi sudah cukup mengubat rindu saya terhadap MTQ yang sering saya sertai sejak sekolah rendah lagi. Hati saya cukup terubat dan terhibur dengan gelagat para peserta(adik-adik sekolah) yang menyertai dan menunjukkan bakat masing-masing.

Alhamdulillah, Allah izinkan saya menyimpan kenangan bersama tiga orang peserta (tiga orang adik) yang comel-comel belaka. ^_^ Seperti yang saya sangka, pertandingan tilawah sekolah rendah bahagian perempuan akan dimenangi oleh pelajar dari SK. Mohd. Musa. Indah sungguh adik-adik itu menutup aurat. Semoga adik-adik terus berjuang di jalan Allah. Aamiin.




Tiada ulasan:

 

Mutiara Kata

Jika engkau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika engkau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu.
(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
___________________________________
Kecantikan seseorang bukanlah terletak kepada kepandaiannya sahaja(kata akal), kecantikan juga bukanlah dilihat daripada paras rupanya(kata nafsu), tapi kecantikan itu dilihat atas dasar akhlak mulianya(menurut Islam).
*****

Muhasabah Diri

Cuba fikir sejenak...

"Dapatkah anda menggerakkan anggota badan anda dengan kuasa anda?"

Sudah pasti tidak! Kita dapat menggerakkan anggota badan kita kerana kuasa-Nya. Maka, jangan sombong dengan Allah. Bersyukurlah...
__________________________________

Cuba fikir lagi.

"Apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini?"

*Fikirkanlah...

Bisikan Hati

Cinta itu jarum mulia dan indah bersulam dengan benang hati jika disandarkan pada Dia Yang Maha Pencipta.
(Indah Cinta Bertauliahkan Iman)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)