Mengumpat dan memfitnah? Golongan wanita sinonim dengan dua perbuatan
keji ini. Eh, bukan menuduh tetapi kenyataannya begitu! Jangan nafikan! Mereka
merupakan golongan yang sentiasa bersangka buruk dengan orang lain. Ada saja
yang tidak kena pada pandangan mata mereka.
Benarlah, untuk
membuat semua orang suka dengan kita tidaklah begitu mudah. Apa yang kita
lakukan, tidak semestinya disukai oleh semua orang. Walaupun begitu, sebagai
hamba Allah, kita perlu kembali kepada-Nya. Buatlah sesuatu yang Allah suka
walaupun hal itu tidak disukai penduduk bumi. Biarlah. Mereka tidak punya kuasa
untuk menilai kita. Biarlah kita tampil hebat pada pandangan mata Allah.
Maka, kita perlu tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji
dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT dalam surah al-hujurat
ayat enam yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada
kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini dengan sebab kejahilan kami (mengenainya) sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Tetapi sedarlah betapa hati yang difitnah itu sakit
tidak kepalang. Ketika hati yang difitnah itu ditoreh dengan pisau-pisau finah
dan kata-kata palsu, hati itu kembali pada yang Satu kerana hati itu sentiasa
percaya bahawa berzikir kepada Allah hati akan tenang.
Biarlah kenangan itu terkubur di kotak memori.dan menghiasi lembaran diari.